Monday, November 2, 2015

Apa Aku

Hari biasa aku lalui. Seperti hari yang lain. Tiada beza. Tapi aku seakan berubah. Sedikit demi sedikit. Aku makin tidak mengenali diri sendiri. Apa Aku? Resah Frust. Diri Aku Rosak. 

Satu pagi. Amarah hati mengawal diri. Amukan dalam diri memuncak. Luar aku kelihatan tenang. Tapi di dalam bagai ribut halilintar memanah. Segala yang terlihat di mata seakan salah semuanya. Hancur hitam kelam semuanya negatif.

Aku makin hilang arah. Sesat dalam diri sendiri. Cuba gapai tangan ke semua arah namun hanya angin di genggam. Kosong. Seorang. Segalanya gelap. Tiada sesiapa bahkan tiada cermin untuk ku tatap wajah sendiri. Terduduk aku seorang diri. Menunduk lemah. Perasaan yang hilang.

Aku hanya seorang di duniaku. Betul atau salah tak dapat aku kenali. Kaki ku seakan di paralis. Tak dapat aku berjalan bahkan berdiri. Tiada orang lain yang ada untuk membantuku. Aku seorang. 

Air mata masih dapat ku tahan dari mengalir keluar. Dengan tangan yg lemah aku berusaha bergerak. Biar sakit badan diheret atas jalan berduri, aku tabah. Tapi ternyata aku lemah. Jalan yang aku tempuhi terlampau berduri. Luka di seluruh badan, darah di seluruh tangan, jantung berdegup makin perlahan.

Ku menangis sendirian. Tanpa suara pujukan. Tanpa wajah kesayangan. Aku tiada yang menyayangi. Air mata berjujuran. Melukis sadis di pipi lembutku. Luka yang takkan hilang. Esok masih ku nanti tanpa tujuan. Setiap saat aku menangis di dasar hati. Mustahil untuk orang lain tahu.

Aku masih melaluinya hingga saat ini...

Friday, October 9, 2015

Rasa ini padamu

Saat melihatmu. Aku tergamam. Kecantikan mu. Menawan. Indah bak permata bidadari. Mahu ku letakkan tilam di lantai. Agar hati ku selamat jika terjatuh. Namun. Aku hanya mampu melihatmu. Dari jauh. 

Aku rasa ini. Tapi tidak kamu. Sebelah tangan ku. Inginkan sebelah tangan mu. Agar bisa berbunyi bila bertepuk. Mengikat kasih. Menuang janji. Sampai ke syurga. Tapi itu hanya khayalan. Realiti bukan persona hidupku. Dalam berhubungan. Aku si gagal.

Aku bukan pahlawan. Bukan rupawan. Kamu jelita. Bak primadona. Sempurna dimata ku. Ayu dipandanganku. Lengkap di hati ku. 

Harapanku. Suatu hari. Kau mengenali ku. Cukup dengan luahan rasa ku. Tanpa berharap. Tak perlu kau kunci jawapanmu. Kerna aku tahu. Kunci mu bernilai senilai emas. Aku hanya logam hitam bersalut gangsa. Rendah nilainya. Buruk rupanya. 

Aku ingin kau tahu. Aku cinta...


Kamu...!

Tuesday, October 6, 2015

I'm all alone

Banyak yang ingin diluah, banyak lagi yang ingin dikongsi. Akan apa yang dirasa. Tentang perasaan yang terkurung dalam hati. sambil Airmata hanya melirik pipi.

Keseorangan di kejauhan mematah hati sedikit demi sedikit. 

Air mata melirik pipi

Puncanya...

Hati terlalu keras untuk merasa perasaan sehingga menyiksa jiwa. Jiwa meronta. Meminta dirasa. Tapi apakan daya hati tak mampu. Hati terlalu keras. Hati hanya mahu gembira dengan memetik hiburan. Membuang rasa. Gembira. Sekadar luaran. Bukan dalaman.

Jiwa terdesak. Kesakitan. Terkurung. Kongkongan lokap hati kebal mencabut rasa. Jiwa dan rasa terpisah. Terlalu lama. Hingga saling tak kenal. Hingga seluruh jasad terkulai. Jiwa sudah air. Rasa sudah api. Lawan bukan kawan. Sekarang hati pula tersiksa. Memakan diri. 

Tuesday, June 16, 2015

Ramadan :)

 Ramadan kali ini. Ramadan 1436 H, 2015 M. Kali ke-3 sambut di Jepun. Perasaan bercampur baur dek keadaan yang amat berbeza dibandingkan dengan Malaysia. Puasa disini agak lama 16 jam berbanding Malaysia 13 jam sahaja. Subuh disini awal sehingga mencecah 2 pagi (di kawasan barat jepun). Kelas pula agak sibuk dan tahun ke-3 bukanlah tahun yang mudah bagi seorang pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal seperti saya. 


 Bagi saya, tahun ini merupakan tahun yang cukup mencabar. Rasa turun jatuh berdesup laju macam ditimpa paus. Cuba membaiki keadaan tapi tampak mustahil. Rasa mahu juga dilinangkan desiran air mulus dari pacaran mata namun hati kelar menahan terik kekeringan syahdu. Dalam ini siapa yang tahu selain-Nya. Telinga mendengar kelihatan bayangan sahaja. Rupa kasihan mahu dilihati tertinggal potret lusuh sahaja. Kuat saja lah harus ku sentalkan pada kesumat rapuh ini. Sabarlah dan kuatlah wahai hati dan jiwa...


Selamat Menyambut Ramadan Mubarak

Tuesday, April 28, 2015

Permainan Hati

 Agak cliche bila dua perkataan ini digabungkan. Ya memang ada kaitan dengan jiwang sedikit tapi bukan bermaksud saya mahu ber cintan cintun atau bergalau disini. Oleh itu sila teruskan membaca jika nakkan kepastian tentang post kali ni. :)

 Setiap manusia yang diciptakan Allah dalam keadaan normal sifat fizikal dan batinnya mempunyai segumpal darah sebesar satu setengah genggam buku lima manusia itu sendiri yang dipanggil HATI. Anda pasti tahu hati ini bukan sekadar organ biasa yang membantu kita untuk terus hidup bukan? hati merupakan organ yang memiliki anugerah atau azimat daripada Allah SWT. Ia mempunyai satu anak ruhi yang dipanggil perasaan, feeling atau rasa batiniah yang mampu memberi kesan terhadap seluruh organ tubuh badan manusia. Jelaslah disini hati adalah organ terpenting. hahaha maafkan saya kerana intro ni panjang sangat. Yela boring sebenarnya tak ada apa apa nak dibuat sekarang. :)

 Hati setiap manusia lain-lain. Kadang bergolak, kadang tenang, kadang juga kosong seperti patung annabelle. ops. Selain itu, manusia yang normal mempunyai keinginan yang lahir dari tindak balas antara hati dan nafsu, nafsu jika bersatu atau ngam dengan hati, akan berakhir dengan hati yang sakit parah kronik. Hati manusia ni dicipta bersifat dolak dalih ibarat pukulan ombak besar di lautan pasifik yang mana mampu menyebabkan berbagai-bagai kesan buruk terhadap seseorang insan. Jika tidak kuat secepat karamnya kapal Life of PI, maka karam lah diri di lautan kehidupan. haish. nampak macam ayat skema spm je kan tapi fikirlah, ia memberi impak besar terhadap ribuan nyawa setiap hari. Mudah saya bagi contoh seperti kes-kes bunuh diri atau bunuh ahli keluarga atau kenalan. Mungkin kita senang assume mereka gila dan otak tiga suku tapi hakikatnya lebih 80 peratus pelaku kes ini mempunyai akal asal yang waras. Dan hati lah puncanya.

 Hati suka bermain-main, mempermainkan dan dimainkan.

Seperti manusia di zaman kanak-kanaknya, suka akan keseronokan dan bermain adalah satu cara untuk mendapatkan keseronokan. Akan tetapi hati tiada zaman kanak-kanak, mahupun dewasa ataupun tua. Hati yang dahagakan keseronokan pasti akan cuba bermain, mempermainkan badan si pemilik hati tersebut. Jadi jelaslah individu itulah harus mengawal atau menjaga kemaslahatan hatinya sendiri. Jika dikawal sedikit demi sedikit, masalah hati yang suka bermain ini mampu dikurangkan. (baca Quran, berzikir, solat dll merupakan jalan alternatif)

 Hati yang cacat? Wujudkah?

Berdasarkan pemerhatian saya, hati yang cacat memang wujud tapi hanya dari segi emosi bukan fizikal. Cacat yang saya maksudkan bukanlah cacat yang berkekalan tapi ia mampu kekal jika tidak dibendung. Macam mana nak tahu hati yang cacat ni? Okay saya bagi contoh ye. (ini hanya pandangan peribadi) Hati yang tidak meletakkan perasaan atau rasa kasih pada tempatnya. Contoh mudah, Seorang lelaki yang sudah berkerjaya dan berkahwin mempunyai kereta dan isteri. Katakanlah isterinya terluka akibat disambar minyak panas ketika masak, lalu si isteri meminta untuk dibelikan ubat tetapi si suami menepis dengan berkata bahawa luka itu biasa dan tidak perlu dibawa berubat. Sebaliknya pula, kereta si suami itu diambil berat ibarat menatang minyak yang penuh jika terdapat calar atau gurisan kecil. Astagha. Cacat kan? Sedangkan nyawa atau kehadiran isteri nya itu jauh lebih penting dan bermakna dalam kehidupan seorang suami. Hmm. Moga kita dijauhkan dari sifat hati yang cacat ini ameen.

 Mencari pengisian hati yang salah.

Biasanya pengisian hati akan diisi dengan perkara-perkara yang memurnikan hati. Tapi, kalau isi yang salah bagaimana pula? Haaaaa.
Inilah bahagian yang paling kritikal. Hampir semua anak remaja alami. Ianya adalah mengisi hati dengan cinta-cinta palsu atau cinta monyet. Orang tua panggil cinta suka-suki. Fitrah manusia inginkan pasangan berlainan jantina untuk mengisi ruang hati yang dirasakan kosong. Saya sendiri pernah alami tapi sekurang-kurangnya saya tak pernah kapel hehe (promo diri). Hati jika diisi dengan perasaan sebegini, mungkin akan berbunga-bunga tapi selama mana? 2 bulan? 1 tahun? hahaha sebab tiada sebarang ikatan yang sah, hubungan ini bisa berakhir sekelip mata. Akhirnya kekecewaan dan hampa menghiasi hati. Amaran, buruknya kadang mampu beri kesan jangka masa panjang. Natijahnya, elakkan dari menyertai permainan hati sebegini. Kelak memakan diri. 

Sekian dan terima kasih atas sudi membaca sampai sini. Ijou desu.  


 Ini anak buah hati saya :)  Fiska Medina namanya. (pinjam gambar medina ye irine hihi)

Monday, April 27, 2015

aku tewas

hari ini aku tewas lagi
tewas sebagai manusia lelaki dan pelajar

bila difikirkan balik, banyak situasi-situasi tewas kita setiap hari. Setiap orang ada paras target harian masing-masing seperti 'hari ni aku mahu study bab 4 biologi', 'petang ni aku mau skor 3 gol', 'harini aku nak makan piza perisa bbq kat pasar malam' dan banyak lagi harapan & target yg kita letakkan. Mungkin bagi setengah orang harapan atau target ini tidak penting atau hanya sebagai aktiviti plan harian biasa sebagai manusia. betulkan? bagi saya pula, perkara sebegini amat penting kerana disinilah titik tolak tahap keseriusan kita dalam menghargai kemahuan serta kehendak diri kita. ye betul mengikut kehendak nafsu itu takkan mencapai kepuasan hakiki tapi takkan kita mahu biarkan kemahuan kita tumpul? tak semua kemahuan kita tak baik kan? banyak manusia mengimpikan kejayaan, kekayaan, ketaqwaan dan macam-macam lagi. 

Jadi, bernafsulah pada tempatnya dan berpada-pada insyallah diberkati hendaknya.

selamat maju jaya dalam kehidupan anda :) 
gambar ini salah satu kemahuan harian encek iman :3 

Saturday, November 8, 2014

Hai Assalamualaikum.
First time post kat sini. Harap dengan adanya akaun ini, saya mampu menyuarakan pendapat serta pandangan dengan lebih terbuka & jujur. Sebelum ini saya selalu terfikir, kenapa nak kena ada blog? kenapa pakai blog? sedangkan banyak lagi laman web lain seperti facebook, twitter, google plus & lain2 lagi. Duk pikir2 rupanya blog ini lebih terbuka berbanding yang lain. Juga melalui blog, anda akan lebih menikmati menaip keyboard. EH?

Dalam meneruskan arus kehidupan yang penuh cabaran & rintangan ini, saya yakin pasti akan banyak perkara & isu yang akan menyinggah di fikiran saya lebih2 lagi negara kesayangan Malaysia penuh dengan isu-isu panas, sentap dan menyentuh hati. Itulah apa yang menarik nya Malaysia. Penuh dengan pelbagai warna, rasa dan perisa. Oleh itu, saya memutuskan untuk menulis di blog ini.

Sedikit pengenalan, saya dilahirkan di Kuala Lumpur tetapi dari kecil membesar di Temerloh, Pahang. Bersekolah di sra al-mukmin, sk kampong tengah, Maahad Hafiz Klang dan Smk Seri Tualang sebelum menjadi pelajar di Universiti Malaya. Sekarang menyambung pelajaran di sebuah Universiti di pulau kyushu di Jepun dalam bidang kejuruteraan. Siapa kenal saya kita geng hehe. Siapa yang nak berkenalan lagilah saya suka. Sebab kita takkan tahu siapa akan tolong bantu kita pada masa depan.

Okaylah. Cukup setakat ini untuk post kali ini. ikhlas dari Encek Iman ^_^*